Himpunan Oren Selamatkan FELDA

14 Julai 2012 - Pada tarikh ini diadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA yang bermula dari Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur. Pasukan Unit Amal Ampang bersama Unit Amal Wilayah Persekutuan dan Unit Amal dari kawasan-kawasan lain, bekerjasama dalam menjaga keselamatan para peserta. Alhamdulillah, Himpunan Oren berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pasukan Polis yang memberikan kerjasama dalam menjayakan himpunan ini. Tahniah!