TRAGEDI PENGORBANAN 6 ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT




KENYATAAN MEDIA JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SELANGOR
4 OKTOBER 2017 l 24 MUHARRAM 1440


“TRAGEDI PENGORBANAN 6 ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT : PEMUDA PAS DAN JABATAN AMAL RAKAM TAKZIAH”

Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hari ini berkongsi kesedihan dengan seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menerima berita tragedi pengorbanan anggota JBPM malam semalam di Lombong Taman Putra Perdana, Selangor.

Dimaklumkan seramai 6 pegawai daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah disahkan terkorban kerana lemas ketika bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat di air seorang mangsa di kawasan tersebut.
Pastinya ia satu ujian yang sangat besar terhadap keluarga yang terlibat. Tidak ada kalimah dan ucapan yang paling sesuai melainkan bersabar dan berdoa agar setiap kehilangan ini diberikan ganjaran yang besar oleh Allah SWT di kemudian hari.
Seluruh rakyat negara ini sudah pasti sangat sedih dan simpati dengan tragedi yang menimpa anggota dan pegawai yang telah terkorban demi menjalankan tugasan Fardhu Kifayah yang sangat dituntut oleh agama Islam ini. Sesungguhnya ini adalah sebuah pengorbanan yang besar buat seluruh rakyat Malaysia.
JAMNS memohon semua pihak terus berdoa agar mangsa yang hilang dapat ditemui dan seluruh anggota JBPM dan keluarga mereka sentiasa dilindungi Allah. Semoga mereka semua yang terkorban diberi ganjaran syuhada dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah buat kesemua Allahyarham 

Mohd Fatah bin Hashim
Izatul Akma bin Wan Ibrahim
Mazlan bin Omarbaki
Yahya bin Ali
Adnan bin Othman
Muhammad Hifdzul Malik bin Shaari


"Beramal Kerana Allah"
"Terus Mara"
"Islam Memimpin"

Shehdi Hazrik
Pengarah
Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Kempen Anti Zina

31 Disember 2013 - Unit Amal Ampang bersama Nisa' Ampang membantu Kempen Anti Zina dengan mengedar risalah kempen di Bukit Langat. Lokasi ini menjadi tumpuan muda mudi dan keluarga menunggu detik 12 malam untuk melihat pertunjukkan bunga api.




Beberapa hari sebelum itu, Unit Amal Ampang bersama ARC Pandan membantu Kempen Anti Zina di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai di sekitar Pandan dan Ampang. Antara lokasinya ialah TESCO Ampang, AEON Ampang dan Ampang Point.


Flash Mob Kempen Jom Tutup Aurat Nisa'

7, 15, 21 dan 22 Disember 2013 - Unit Amal Ampang membantu Nisa' Ampang dalam flash mob kempen "Jom Tutup Aurat". Flash mob dilaksanakan secara bersiri dengan  lokasi flashmob adalah berbeza dalam setiap siri. Lokasi terlibat ialah traffic light Flamingo, Spectrum dan Ampang Point.





Pertandingan Paitball

Disember 2013 - Unit Amal Ampang telah menyertai perlawanan paintball yang berlangsung di PPAS Pandan Jaya berhmapiran Tesco Ampang. Unit Amal Ampang berjaya merangkul tempat ketiga. TAHNIAH!!




Membantu Mangsa-mangsa Banjir

Disember 2013 - Unit Amal Ampang tidak ketinggalan dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di negeri Pahang. Pahang ditimpa malapetaka banjir dengan anggaran lebih 40,000 mangsa terlibat.





Perlantikan Rasmi Komander Jabatan Amal Ampang

Upacara rasmi perlantikan Komander Jabatan Amal bagi 22 kawasan parlimen di Selangor sempena berlangsungya Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor pada 20 Oktober 2013 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Batu Caves, Selangor.

Tahniah kepada saudara Mohd Ruzaimi Bin Zakaria yang diberikan amanah sebagai Komander Jabatan Amal Ampang untuk sesi 2013-2015. Semoga dengan amanah yang diberikan ini, saudara Ruzaimi dapat memimpin Jabatan Amal Ampang ke arah organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan moto Unit Amal iaitu "Beramal Kerana ALLAH".

Berikut ialah teks WhatsApp Ruzaimi kepada seluruh anggota Unit Amal Ampang sempena perlantikan beliau.

----Teks Mula----

...... segan betul bila dipasangkan pangkat (dunia semata2).. terasa kecil sungguh berbanding sahabat2 ana yg lain berada di ampang ni..

rasa tidak layak dipanggil komander amal ampang, kerana ada yg lebih layak daripada insan kerdil ni..

Masih ada ramai sahabat yg lebih lama berjuang dlm amal ini, sahabat2 yg namanya di sebut di peringkat negeri dan pusat.. mereka lebih layak dari ana..

Jadi, ana sekadar pemegang amanah ini akan cuba lakukan yang terbaik.. jika ada salah dan silap semasa melaksanakan amanah ini sila tegur ana secara berdepan (secara hikmah), insyaAllah ana sedia menerima teguran demi kebaikan Jabatan Amal Ampang dan DPPA..

Jika tiada perubahan selepas teguran, maafkan ana kerana kelemahan ana trsebut.. InsyaAllah, ana sedia berundur demi jika itu yang terbaik..

InsyaAllah, dalam masa yang ada ini kita akan buat yang terbaik bersama2.. Kita mantapkan Amal Ampang, Kita mantapkan Pemuda Ampang ..

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.."

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang2 yang berperang pada jalanNya dalam keadaan bersaff (yakin berbaris dengan teratur) seolah-olah seperti suatu binaan yang SOKONG-MENYOKONG (dan KUAT-MENGUAT) di antara SATU SAMA LAIN.

Akhir kalam..

Beramal Kerana Allah, Mati Syahid Cita-Cita Kami..

Mohd Ruzaimi Zakaria.
Hamba Allah
(Di amanah Komander Amal Ampang sesi 2013-2015)

---- Teks Tamat----