Ramadhan - Jualan Unit Amal Ampang

Sempena bulan Ramadhan Yang Mulia ini, Unit Amal Ampang akan membuka gerai jualan di parkir perkarangan Masjid Bukit Indah. Barang jualan ialah Kopi Amal, air mineral, kerepek pisang, macam-macam jenis kerepek, pakaian muslimah, tudung, dll. Hasil jualan akan disalurkan kepada Dana Jabatan Amal Ampang.

Mari Membeli Sambil Beramal !!


Himpunan Hijau Negeri Selangor

15 Julai 2012 - Unit Amal Ampang menyertai konvoi motosikal ke Stadium Kuala Selangor untuk program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor.




Himpunan Oren Selamatkan FELDA

14 Julai 2012 - Pada tarikh ini diadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA yang bermula dari Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur. Pasukan Unit Amal Ampang bersama Unit Amal Wilayah Persekutuan dan Unit Amal dari kawasan-kawasan lain, bekerjasama dalam menjaga keselamatan para peserta. Alhamdulillah, Himpunan Oren berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pasukan Polis yang memberikan kerjasama dalam menjayakan himpunan ini. Tahniah!


Usrah Unit Amal Ampang

6 Julai 2012 - Usrah Unit Amal Ampang bersama Dewan Pemuda PAS Ampang di Surau Ihsaniah Lembah Jaya Utara.



Jambori Amal Malaysia 2012


29 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012 - Jambori Amal Malaysia, Peringkat Negeri Selangor diadakan di Lubuk Kawah, Hulu Selangor. Unit Amal Ampang tidak ketinggalan untuk turut serta demi memantapkan setiap anggotanya.




Program Rehlah

8 Julai 2012 - Program Rehlah di Bagan Lalang Sepang untuk memantapkan ukhwah



Kembali Ke Rahmatullah - Suhaimi Bin Othman

12 Jun 2012 - Al-fatihah kepada Allahyarham Suhaimi Bin Othman, aktivis Pemuda PAS yang kembali ke rahmatullah selepas solat isyak malam tadi. Arwah meninggal dunia secara mengejut selepas pulang daripada Solat Isyak di Masjid.

Jenazah telah selamat dikebumikan sebentar tadi.

Bagi pihak Jabatan Amal Negeri Selangor, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh Jabatan Amal Kuala Selangor diatas pemergian anggota Amal Kuala Selangor.

Pengarah
JABATAN AMAL NEGERI SELANGOR