Ceramah Terganggu Tetapi Berjaya Dikawal

23 Nov 2012 - Unit Amal Ampang ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang program ceramah Pakatan Rakyat di Taman Seri Raya, Ampang di mana penceramah utamanya ialah Dato' Tamrin Tun Ghafar. Tapak ceramah telah diganggu dengan dua kain rentang bertulis dengan kata-kata yang berbaur provokasi dari penyokong UMNO-BN dikalangan penduduk setempat. Semasa ceramah sedang berlangsung, berlaku sedikit kekecohan berpunca dari  penyokong UMNO-BN ini. Walaubagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal Ampang. Syabas diucapkan kepada anggota Unit Amal Ampang. Terima kasih juga kepada Unit Amal Pandan dan anggota PDRM yang turut sama membantu agar perjalanan program berjalan dengan lancar.







Berita Kelahiran

26 Oktober 2012 / 6 Zulhijjah 2012 - Anggota Unit Amal Ampang, saudara Azizain telah menerima cahaya mata beliau yang pertama. Tahniah diucapkan kepada Azizain dan isteri. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini dapat menyerikan lagi hidup berumah tangga, insya Allah.


Qurban 1433H

28 Oktober 2012 / 12 Zulhijjah 1433H - Anggota Unit Amal Ampang turut serta dalam menjayakan program qurban anjuran DUN Lembah Jaya. Sebanyak 12 ekor lembu berjaya diqurbankan. Program qurban juga menyediakan jamuan makan tengahari dengan menu gulai kawah dan sup tulang.



Sumbangan Diperlukan

Saudara ISHAK BIN OTHMAN (ALP AMAL KEDAH) memerlukan sumbangan untuk kos rawatan anaknya FAHIMAH BT ISHAK mengalami masalah AUDIOLOGY. Kos diperlukan untuk rawatan pemulihan RM8000. Bagi sahabat-sahabat yang ingin memberikan sumbangan boleh bank-in ke nombor akaun PUBLIC BANK 4927111518 ISHAK BIN OTHMAN atau boleh berhubung di talian 019-5509554 / 010-8455806.

Jambori Amal Kebangsaan Ke 16

5-7 Oktober 2012 - Unit Amal Ampang menyertai Jambori Amal Kebangsaan Ke 16 yang bertempat di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. 4 anggota Unit Amal Ampang yang menyertai jambori ini ialah Shahril Shuhaimi, Fathullah Azam, Rahim Khasim dan Abdullah Mazlan. Syabas kepada mereka. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang program jambori ini dapat dikongsikan bersama anggota Unit Amal Ampang yang tidak turut serta. Diharapkan jambori akan datang akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dari anggota Unit Amal Ampang demi memantapkan lagi kekuatan rohani dan jasmani setiap anggota khasnya dan pasukan Unit Amal Ampang amnya, insyaAllah.

Laporan mengenai Jambori Amal Kebangsaan ke 16 dalam Sinar Harian  [klik di sini]



Jaga Keselamatan Ketika Program Ceramah

29 September 2012 - Dewan Pemuda PAS Ampang menganjurkan Ceramah Politik yang menampilkan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan pelakon Leftenan Adnan, saudara Haire Othman bertempat di flat Lembah Jaya Utara (Bukit Belacan). Unit Amal Ampang seperti biasa menjalankan tugas-tugas keselamatan.


Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Muhammad SAW

21 September 2012, Kuala Lumpur - Unit Amal Ampang bersama Unit Amal dari kawasan-kawasan lain bertugas menjaga keselamatan para demonstran dalam Himpunan Aman Membantah Filem Menghina Nabi Muhammad SAW "Innocence of Muslim". Perhimpunan diadakan di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, berhampiran bangunan Tabung Haji selepas solat Jummat.




SUMBANGAN DIPERLUKAN

Salam, shbt2 semua mohon sumbangan sekadar mampu buat adik Muhammad Efendi (anggota Unit Amal Ampang) berumur 17 ,kini sedang melanjutkan pengajian pondok di Pahang.

Dia ditimpa musibah yakni tergelincir dan terkena minyak masak panas semasa membuat persiapan jamuan raya di tempat pengajiannya. Keadaan dia agak kritikal, melecur teruk dari bahagian perut hingga peha,beliau akan menjalani pembedahan segera di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Mohon Shbt2 buat solat hajat untuk Muhammad Efendi semoga cepat sembuh dan kuat semangat.

Kepada yg hendak melawat beliau di HKL ,WAD 3 TINGKAT 2,UNIT KEBAKARAN sebelah wad kecemasan.

Sumbangan iklas dari shbt2 boleh dihulurkan terus ke akaun CIMB BANK : 14380070228524 atas nama ayahnya MAHMUDI BIN ISMAIL yg berniaga buku2 agama dan cd agama sekitar masjid2 dan tapak ceramah2 di Ampang dan KL. Segala sumbangan amat dihargai.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Amal Ampang : 0123337556

-Beramal kerana Allah
-Riding for Allah

Edar Bubur Lambuk

Ahad, 12 Ogos 2012 - Unit Amal Ampang membuat edaran bubur lambuk di sekitar kawasan Ampang. Bermula dari pukul 8 pagi di Surau An-Nur Kg. Ampang Indah, gotong-royong memasak bubur lambuk dilakukan. Kemudian disebelah petang jam 3 petang, berpusat di Kg. Ampang Campuran, bubur lambuk dibungkus dan diedarkan.







Ramadhan - Jualan Unit Amal Ampang

Sempena bulan Ramadhan Yang Mulia ini, Unit Amal Ampang akan membuka gerai jualan di parkir perkarangan Masjid Bukit Indah. Barang jualan ialah Kopi Amal, air mineral, kerepek pisang, macam-macam jenis kerepek, pakaian muslimah, tudung, dll. Hasil jualan akan disalurkan kepada Dana Jabatan Amal Ampang.

Mari Membeli Sambil Beramal !!


Himpunan Hijau Negeri Selangor

15 Julai 2012 - Unit Amal Ampang menyertai konvoi motosikal ke Stadium Kuala Selangor untuk program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor.




Himpunan Oren Selamatkan FELDA

14 Julai 2012 - Pada tarikh ini diadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA yang bermula dari Masjid Wilayah Jalan Duta Kuala Lumpur. Pasukan Unit Amal Ampang bersama Unit Amal Wilayah Persekutuan dan Unit Amal dari kawasan-kawasan lain, bekerjasama dalam menjaga keselamatan para peserta. Alhamdulillah, Himpunan Oren berjalan dengan baik. Terima kasih kepada pasukan Polis yang memberikan kerjasama dalam menjayakan himpunan ini. Tahniah!


Usrah Unit Amal Ampang

6 Julai 2012 - Usrah Unit Amal Ampang bersama Dewan Pemuda PAS Ampang di Surau Ihsaniah Lembah Jaya Utara.



Jambori Amal Malaysia 2012


29 Jun 2012 hingga 1 Julai 2012 - Jambori Amal Malaysia, Peringkat Negeri Selangor diadakan di Lubuk Kawah, Hulu Selangor. Unit Amal Ampang tidak ketinggalan untuk turut serta demi memantapkan setiap anggotanya.




Program Rehlah

8 Julai 2012 - Program Rehlah di Bagan Lalang Sepang untuk memantapkan ukhwah