Konvesyen Unit Amal

Pada 16 dan 17 Mac 2012 bertempat di KUIZM Gombak Selangor, satu Konvesyen Jabatan Amal Malaysia telah diadakan. Didalam konvesyen ini, setiap anggota Unit Amal diberikan penerangan oleh pimpinan tertinggi Jabatan Unit Amal seperti Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi dan Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz. Selain itu, setiap anggota diberikan peluang untuk melontarkan apa jua pandangan. Semoga, setiap anggota Unit Amal khususnya anggota Unit Amal Ampang kini berada dalam tahap motivasi yang tinggi untuk gelombang pilihanraya ke 13, insya Allah.

Persiapan PRU13 - Mencari Buluh di Bukit Belacan

Unit Amal Ampang sentiasa bersedia dalam menghadapi gelombang yang bakal mendatang. Kehadiran PRU13 yang semakin hampir melihatkan anggota Unit Amal Ampang membuat persiapan dari sudut peralatan berkempen. Buluh adalah antara peralatan yang bakal digunakan.

   

Membantu Mangsa Banjir di Lembah Jaya Utara, Ampang, Selangor

Kejadian banjir di Lembah Jaya Utara pada 7 Mac 2012 mengakibatkan banyak kerosakan. Rumah-rumah mangsa banjir ini teruk dipenuhi lumpur dan berselut. Anggota Unit Amal Ampang bersama Unit Amal dari kawasan-kawasan lain turun untuk membantu mangsa banjir menjalankan kerja-kerja pembersihan. Syabas kepada semua anggota Unit Amal yang terlibat.



"Apabila jamaah meletakkan tarbiah di dalam ruang yang kecil dan tidak bermaya berbanding dengan pentadbiran dan politik maka ini satu perkara yang merbahaya. Akibatnya tindakan dan cara muamalat (perhubungan)  mereka jauh dari akhlak Islam. Akhirnya jiwa menjadi kosong dan tegang. Ia amat berlainann dengan suasana kerohanian yang dibentuk sehingga membentuk jiwa dan riqabatullah (pengawasan Allah) " ~ Ustaz Idris Ahmad ( Klilk Untuk Baca Keseluruhan Artikel )