Sukan PASTI Kawasan Ampang 2012

April 8, 2012 - Unit Amal Ampang membantu menjayakan Sukan PASTI Kawasan Ampang 2012 yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Setelah berpenat lelah dalam panas terik, anggota Unit Amal terlibat di bawa oleh Komandan Unit Amal, saudara Adha mandi manda di air terjun berdekatan.



PEMUDA MESTI ADA "UMPH..."

"Sejak sekian lama, kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph". Bertugas dan bekerja dengan hambar. Terkadang dihambat rasa letih dan bosan. Dahulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerak kerja amal jama'ie, amal fardhi dan amal ijtimaei. Saya masih ingat, selain usrah saban minggu, jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhayyam, namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis. Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari, bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi." - Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi [Baca Artikel Penuh]