Ceramah Terganggu Tetapi Berjaya Dikawal

23 Nov 2012 - Unit Amal Ampang ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang program ceramah Pakatan Rakyat di Taman Seri Raya, Ampang di mana penceramah utamanya ialah Dato' Tamrin Tun Ghafar. Tapak ceramah telah diganggu dengan dua kain rentang bertulis dengan kata-kata yang berbaur provokasi dari penyokong UMNO-BN dikalangan penduduk setempat. Semasa ceramah sedang berlangsung, berlaku sedikit kekecohan berpunca dari  penyokong UMNO-BN ini. Walaubagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal Ampang. Syabas diucapkan kepada anggota Unit Amal Ampang. Terima kasih juga kepada Unit Amal Pandan dan anggota PDRM yang turut sama membantu agar perjalanan program berjalan dengan lancar.