Ceramah Terganggu Tetapi Berjaya Dikawal
23 Nov 2012 - Unit Amal Ampang ditugaskan menjaga keselamatan sepanjang program ceramah Pakatan Rakyat di Taman Seri Raya, Ampang di mana penceramah utamanya ialah Dato' Tamrin Tun Ghafar. Tapak ceramah telah diganggu dengan dua kain rentang bertulis dengan kata-kata yang berbaur provokasi dari penyokong UMNO-BN dikalangan penduduk setempat. Semasa ceramah sedang berlangsung, berlaku sedikit kekecohan berpunca dari penyokong UMNO-BN ini. Walaubagaimanapun, situasi berjaya dikawal dengan baik oleh anggota Unit Amal Ampang. Syabas diucapkan kepada anggota Unit Amal Ampang. Terima kasih juga kepada Unit Amal Pandan dan anggota PDRM yang turut sama membantu agar perjalanan program berjalan dengan lancar.
Berita Kelahiran
26 Oktober 2012 / 6 Zulhijjah 2012 - Anggota Unit Amal Ampang, saudara Azizain telah menerima cahaya mata beliau yang pertama. Tahniah diucapkan kepada Azizain dan isteri. Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini dapat menyerikan lagi hidup berumah tangga, insya Allah.
Qurban 1433H
28 Oktober 2012 / 12 Zulhijjah 1433H - Anggota Unit Amal Ampang turut serta dalam menjayakan program qurban anjuran DUN Lembah Jaya. Sebanyak 12 ekor lembu berjaya diqurbankan. Program qurban juga menyediakan jamuan makan tengahari dengan menu gulai kawah dan sup tulang.
Sumbangan Diperlukan
Saudara ISHAK BIN OTHMAN (ALP AMAL KEDAH) memerlukan sumbangan untuk kos rawatan anaknya FAHIMAH BT ISHAK mengalami masalah AUDIOLOGY. Kos diperlukan untuk rawatan pemulihan RM8000. Bagi sahabat-sahabat yang ingin memberikan sumbangan boleh bank-in ke nombor akaun PUBLIC BANK 4927111518 ISHAK BIN OTHMAN atau boleh berhubung di talian 019-5509554 / 010-8455806.
Jambori Amal Kebangsaan Ke 16
5-7 Oktober 2012 - Unit Amal Ampang menyertai Jambori Amal Kebangsaan Ke 16 yang bertempat di Pantai Balok, Kuantan, Pahang. 4 anggota Unit Amal Ampang yang menyertai jambori ini ialah Shahril Shuhaimi, Fathullah Azam, Rahim Khasim dan Abdullah Mazlan. Syabas kepada mereka. Semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang program jambori ini dapat dikongsikan bersama anggota Unit Amal Ampang yang tidak turut serta. Diharapkan jambori akan datang akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dari anggota Unit Amal Ampang demi memantapkan lagi kekuatan rohani dan jasmani setiap anggota khasnya dan pasukan Unit Amal Ampang amnya, insyaAllah.
Laporan mengenai Jambori Amal Kebangsaan ke 16 dalam Sinar Harian [klik di sini]
Laporan mengenai Jambori Amal Kebangsaan ke 16 dalam Sinar Harian [klik di sini]
Jaga Keselamatan Ketika Program Ceramah
29 September 2012 - Dewan Pemuda PAS Ampang menganjurkan Ceramah Politik yang menampilkan Ustaz Nik Abduh Nik Aziz dan pelakon Leftenan Adnan, saudara Haire Othman bertempat di flat Lembah Jaya Utara (Bukit Belacan). Unit Amal Ampang seperti biasa menjalankan tugas-tugas keselamatan.
Himpunan Bantah Filem Hina Nabi Muhammad SAW
21 September 2012, Kuala Lumpur - Unit Amal Ampang bersama Unit Amal dari kawasan-kawasan lain bertugas menjaga keselamatan para demonstran dalam Himpunan Aman Membantah Filem Menghina Nabi Muhammad SAW "Innocence of Muslim". Perhimpunan diadakan di hadapan kedutaan Amerika di Jalan Ampang, berhampiran bangunan Tabung Haji selepas solat Jummat.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















